MKM Ticketing Travel & Tours

Tentang MKM Ticketing Travel

About Us

13+

Years of Experience

MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pelancongan yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL6666) dan telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1,000,000.00.
Latar belakang

Journey of Reverence: MKM Ticketing Travel Expertise Unleashed

MKM Ticketing Travel & Tours menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya seperti ABACUS di mana melalui penggunaan sistem ini, semua tempahan khususnya tiket penerbangan domestik mahupun ke luar negara dapat dilakukan dengan segera dan mudah.
MKM Ticketing Travel & Tours juga adalah salah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan Visa Umrah dan juga mempunyai Lesen Haji daripada Tabung Haji atau disebut sebagai “Pengelola Jemaah Haji (PJH)” bagi menguruskan jemaah Haji Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada industri pelancongan di Malaysia, MKM Ticketing Travel & Tours dapat memenuhi segala permintaan serta kehendak pelanggan di pasaran terutamanya bagi mereka yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan, pakej-pakej lawatan serta pelancongan dan sebagainya. Sebagai salah sebuah syarikat 100% milikan bumiputra, MKM Ticketing Travel & Tours mempunyai potensi dan peluang untuk terus berkembang dan membangun pada masa hadapan terutamanya dalam bidang pengurusan Haji & Umrah.
Objektif
Kami sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat & aspirasi syarikat serta berharap prestasi dan pencapaian kami akan memenuhi objektif-objektif berikut;
Visi MKM adalah untuk menjadi sebuah syarikat agensi pelancongan yang bereputasi tinggi dan dipercayai hingga ke peringkat antarabangsa.
Visi

Our Vision is to empower individuals and families

Misi MKM adalah untuk sentiasa berkhidmat kepada pelanggan dengan jujur, amanah dan profesional. Sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat & aspirasi syarikat serta berharap prestasi dan pencapaian kami akan memenuhi objektif.
Misi

Facilitate cultural immersion and understanding by offering unique programs

Sijil, Perlesenan & Pencapaian