MKM Ticketing Travel & Tours

Adakah benar bahawa sesetengah individu yang menunaikan haji tamattu’, mereka tidak perlu membayar dam. Adakah benar dan bagaimana situasi ini?

Benar, bagi sesetengah individu yang menunaikan haji tamattu’, mereka tidak diwajibkan membayar dam jika berada dalam salah satu daripada lima situasi berikut:

  • Mereka adalah penduduk Tanah Haram.
  • Mereka tinggal di lokasi yang jaraknya kurang daripada dua marhalah dari Tanah Haram (81 kilometer).
  • Mereka keluar semula ke Miqat untuk berniat ihram haji.
  • Mereka keluar dari kawasan dua marhalah atau lebih dari Tanah Haram untuk berniat haji, kemudian memasuki Makkah untuk menunaikan haji.
  • Mereka berniat ihram untuk menunaikan umrah di luar bulan haji, kemudian menyelesaikan umrah mereka dalam bulan haji serta tinggal di Makkah sehingga selesai menunaikan haji.