MKM Ticketing Travel & Tours

Apakah hukum bagi seorang jemaah haji yang sedang dalam perjalanan ke Madinah atau seumpamanya, tiba-tiba jatuh sakit di pertengahan jalan dan perlu dirawat di Hospital Aziziah atau seumpamanya di Makkah? Adakah dia wajib berihram dan jika ya, adakah dia dkenakan dam?

Apabila seseorang dibawa masuk ke Makkah, tidak ada kewajiban untuk berihram di Miqat. Jika dia berihram selepas Miqat, seperti di Jeddah, maka tidak ada kewajiban dam kerana semasa melalui Miqat, dia tidak bermaksud untuk berihram haji atau umrah, bahkan tujuannya hendak ke Madinah adalah untuk ziarah. Miqat bagi seseorang yang tidak berniat untuk berihram, apabila tiba-tiba teringat untuk berihram selepas melalui Miqat, adalah tempat di mana dia teringat untuk berihram, dan tidak dikenakan dam.