MKM Ticketing Travel & Tours

Apakah hukum bagi seseorang yang tidak membuat sebarang niat semasa melalui Miqat?

Jika seseorang tidak berniat apa-apa semasa melalui Miqat maka tidak ada apa-apalah baginya (tidak ada haji dan tidak ada umrah). Namun, jika dia berniat ihram dan tidak ditentukan sama ada ihram haji atau umrah atau qiran (kedua-duanya sekali) seperti menyatakan dalam hatinya, “Sahaja aku berihram”, jika berlaku di luar bulan-bulan haji maka jadilah niatnya itu ihram umrah dan jika dalam bulan-bulan aji terpulanglah di atas kemahuannya sama ada ihram haji atau umrah. Penentuannya itu sama ada berihram haji atau umrah boleh dibuat setelah dia melampaui Miqat. Penentuan itu wajib dilakukan dengan berniat di dalam hati, “Sahaja aku mengerjakan umrah” sebelum memulakan tawaf qudum atau ketika berada di Arafah sebelum berakhirnya tempoh wukuf dan dia sempat berwukuf, walaupun hanya satu lahzah sekalipun setelah berniat haji itu.