MKM Ticketing Travel & Tours

Apakah makna sunat dalam konteks ihram semasa menjalankan haji dan umrah, seterusnya senaraikan contoh-contoh amalan tersebut?

Istilah sunat semasa mengerjakan haji atau umrah merujuk kepada adab-adab yang amat digalakkan bagi melengkapi amalan-amalan haji dan umrah. Meskipun amalan sunat ini tidak wajib dilakukan, namun jika diabaikan, keutamaan amalan serta pahalanya akan berkurangan. Sebelum mengenakan pakaian ihram, jemaah haji atau umrah disarankan untuk mempersiapkan diri dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti:

  • Memendekkan kuku
  • Mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari
  • Menipiskan atau mencukur misai
  • Mandi sunat ihram
  • Memakai minyak rambut
  • Memakai bau-bauan di tubuh badan sahaja bukan pada pakaian ihram

Bagi wanita, bau-bauan yang digunakan mestilah yang kurang kuat baunya atau sekurang-kurangnya menggunakan penghilang bau ketiak.