MKM Ticketing Travel & Tours

Seorang jemaah haji telah mengunjungi Taif dan dalam perjalanan pulang akan melalui Miqat Qarnul Manazil. Adakah wajib bagi mereka untuk berniat ihram?

Jika jemaah haji mengunjungi Taif sebelum wuquf, mereka wajib berniat ihram umrah sekurang- kurangnya kerana mereka ada kehendak untuk mengerjakan haji semasa masuk ke Makkah. Jika mereka berniat haji, jadilah haji tersebut haji tamattu’, dan tidak dikenakan dam tamattu’ kerana telah kembali ke Miqat asal untuk berniat haji. Oleh itu, mereka hendaklah menjaga segala larangan ihram sehinggalah mereka bertahallul (awwal atau thani mengikut syarat- syaratnya).

Peringatan:

Bagi kes jemaah haji tamattu’ yang sudah selesai umrahnya dan berada di Makkah, gugur dam haji tamattu’ kalau dia kembali ke mana-mana miqat yang lima untuk berniat haji walaupun bukan di Miqat asal semasa masuk ke Makkah. Keadaan ini berbeza dengan kes jemaah yang tidak berniat di Miqat; dia dikehendaki kembali ke Miqat asal atau yang setaraf untuk mengugurkan dam tidak berniat di Miqat.