MKM Ticketing Travel & Tours

Ustaz, apakah yang dimaksudkan dengan idtiba’?

Idtiba’ ialah membuka bahagian lengan sebelah kanan hingga ke bahu bagi lelaki ketika memakai ihram.

Sebab pensyariatannya sama seperti sebab pensyariatan (ramal) ia bertujuan mempamerkan kegagahan rombongan baginda SAW dan para sahabat kepada orang Quraisy. Menampakkan lengan-lengan yang besar dan kuat itu melambangkan kegagahan.

Mereka (Quraisy) mengatakan bahawa rombongan baginda SAW dan para sahabat RA adalah kumpulan yang lemah yang telah terkena demam Yathrib (suatu penyakit berjangkit yang tersebar di Madinah ketika itu)