MKM Ticketing Travel & Tours

Ustaz, mengapakah jemaah yang mengerjakan haji tamattu’ dikenakan dam?

Jemaah yang mengerjakan haji tamattu’ dikenakan dam kerana mengerjakan umrah dan haji dalam bulan-bulan haji pada tahun yang sama. Dikatakan juga kerana mereka bertamattu’ (bersedap-sedap dengan menanggalkan ihram setelah berihram) dalam bulan-bulan haji dan tidak keluar ke miqatnyaatau ke suatu tempat yang jaraknya sekurang-kurangnya dua marhalah dari Tanah Haram itu untuk berniat ihram haji.