MKM Ticketing Travel & Tours

Bagaimanakah prosedur pelaksanaan tahallul ihsarbagi jemaah haji dan langkah-langkah untuk menyempurnakan haji yang masih belum selesai mengikut pandangan Mazhab Shafie?

Cara Pelaksanaan Tahallul Ihsar:

Jemaah haji yang terhalang daripada meneruskan amalan hajinya atas sebab-sebab yang diperakui oleh syara’, harus baginya membebaskan diri dari ikatan ihram dan larangan ihram dengan tahallul ihsar iatu dengan melaksanakan dam ihsar (dam tertib dan ta’adil).

Oleh itu, langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  1. Menyembelih seekor kambing dengan niat tahallul di tempat yang menjadi halangan atau di lokasi di mana tidak mungkin untuk kembali ke Makkah.
    1. Manakala, bagi jemaah haji wanita yang tidak dapat sempurnakan tawaf kerana haid, perlu menggunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai atau bercukur dengan niat Tahallul Ihsar.

Cara Penyempurnaan Haji:

Jemaah yang melakukan Tahallul Ihsar sedangkan masih terdapat aspek-aspek haji yang belum dilaksanakan sama ada bersifat rukun (kecuali Wuquf) atau yang wajib, boleh melengkapkan hajinya seperti berikut:

  • Wajib haji yang belum dilaksanakan hendaklah digantikan dengan dam tertib dan ta’adil mengikut syarat-syarat yang ditetapkan kerana tempoh pelaksanaanya telah luput.
  • Rukun haji hendaklah dilaksanakan apabila berkesempatan pergi ke Tanah Suci Makkah. Sebagai contoh :
  • Jika tahallul awwal belum dilaksanakan, hendaklah dia memakai ihram dari Miqat Makani negerinya atau di Bir Ali sekiranya menziarahi Madinah terlebih dahulu. Apabila tiba di Tanah Suci Makkah, tunaikan kerja-kerja haji iaitu tawaf ifadhah dan sa’ie (jika belum), bergunting atau bercukur dan laksanakan dam tertib dan ta’adil atas perkara meninggalkan melontar al-Jamrah al-Kubra pada 10 Zulhijjah yang telah berlalu. Dengan perlaksanaan ketiga-tiga perkara di atas, maka terhasillah Tahallul Thani dan sah hajinya sekalipuan masih ada dam tertib dan ta’adil yang belum dilaksanakan kerana meninggalkan wajib haji yang lain seperti mabit di Mina dan sebagainya.
  • Jika tahallul awwal sudah dilaksanakan (melontar al-Jamrah al-Kubra dan bergunting atau bercukur) dan telah melaksanakan segala wajib haji yang lain, maka apabila berkemampuan pergi ke Tanah Suci Makkah, hendaklah ia melaksanakan tawaf ifadhah dan sa’ie (jika belum) apabila tiba di Makkah. Tidak perlu berniat ihram haji dan tanpa memakai pakaian ihram.

  NOTA:

  • Sekiranya pelaksanaan umrah sunat (Tatawwu’) (kali kedua dan seterusnya) atau haji sunat (Tatawwu’) (kali kedua dan seterusnya) yang tidak dapat disempurnakan rukun kerana halangan memadai dengan melaksanakan tahallul ihsaruntuk bebaskan diri daripada larangan ihram. Maka jemaah tidak perlu ke Tanah Suci semula untuk menyempurnakan ibadat umrah sunat atau haji sunat yang belum sempurna tersebut memadai dengan tahallul ihsardan bebas daripada semua larangan ihram.
  • Sekiranya haji atau umrah fardhu ataupun nazar, maka wajib menyelesaikan baki rukun yang belum selesai dengan ke Tanah Suci semula walaupun telah melaksakanakan tahallul ihsar.