MKM Ticketing Travel & Tours

Saya tidak mempunyai rambut langsung di kepala, bagaimanakah caranya saya hendak melakukan tahallul awwal?

Orang yang tidak mempunyai rambut langsung (botak licin), tahallul awwal bagi dirinya berlaku apabila dia melakukan salah satu daripada dua perkara iaitu:

  • Melontar di Jamrah al-Kubra, atau;
  • Melakukan tawaf haji beserta saie jika belum dilakukan.