MKM Ticketing Travel & Tours

Seorang jemaah haji melaksanakan haji ifrad telah jatuh sakit dan tidak sedarkan diri. Adakah dia masih diwajibkan untuk berwuquf di Arafah? Dan jika tidak, apakah langkah yang perlu diambil untuk melepaskannya dari ihram?

Jika jemaah tersebut terus-menerus tidak sedarkan diri dan terlepas daripada Wuquf di Arafah, maka tidak wajib baginya untuk melaksanakan haji. Langkah yang perli diambil adalah dengan melakukan tahallul melalui pelaksanaan amalan umrah dan membayar dam sebagai ganti luputnya dari wuquf. Selain itu, jika mampu, jemaah juga perlu melaksanakan qada’ pada tahun berikutnya.