MKM Ticketing Travel & Tours

Bagaimanakah cara pelaksanaan dam tertib dan taqdir.

Cara pelaksanaan dam tertib dan taqdir adalah mengikut turutan dan kadar yang ditetapkan seperti berikut:

  • Menyembelih seekor kambing untuk dijadikan korban. Sekiranya tidak mampu,
  • Berpuasa sebanyak sepuluh (10) hari. Tiga (3) hari sewaktu mengerjakan haji dan tujuh (7) hari setelah pulang ke tanah air sendiri.
  • Jika tidak mampu disebabkan faktor kesihatan atau usia, hendaklah bersedekah 10 cupak makanan asasi.
  • Seandainya masih tidak mampu, maka terlepaslah tanggungan ke atasnya.