MKM Ticketing Travel & Tours

Bagaimanakah cara untuk menentukan seseorang itu tidak mampu menyembelih kambing dan boleh memilih untuk berpuasa dalam pelaksanaan dam tertib dan takdir?

Kriteria yang dimaksudkan sebagai tidak mampu adalah seperti berikut:

  • Tidak berjaya mendapatkan kambing di Tanah Haram.
  • Berjaya mendapatkan kambing di Tanah Haram tetapi harganya sangat tinggi.
  • Hartanya untuk membeli kambing itu berada berjauhan darinya.
  • Wang yang ada untuk membeli kambing tersebut perlu digunakan untuk menampung keperluan perjalanannya.