MKM Ticketing Travel & Tours

Adakah sah solat kita ketika mengerjakannya di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, di mana imam mengikuti Mazhab Hanbali sedangkan kita adalah mengikuti Mazhab Syafie, terutamanya dalam solat Subuh kerana imam tidak membaca qunut?

Sah solat seorang makmum bersama dengan imam yang berlainan mazhab dengan syarat dia yakin akan sahnya solat imam tersebut. Hal ini kerana mereka hanya berbeza pada perkara furu’, bukan pada perkara usul. Di dalam situasi membaca qunut pula adalah sunat mengikut Mazhab Syafie.