MKM Ticketing Travel & Tours

Saya mempunyai dua buah rumah, sebuah untuk kediaman saya dan sebuah lagi saya sewakan. Oleh kerana tidak mempunyai wang simpanan, saya cagarkan rumah sewa saya sejumlah RM60,000. Separuh daripada wang tersebut saya gunakan untuk menunaikan ibadah haji dan bakinya saya bayar balik kepada bank. Baki yang lain saya bayar secara beransur-ansur melalui wang sewa rumah tersebut, adakah diharuskan saya pergi haji dengan cara yang begini?

Harus dan sah hajinya. Walau bagaimanapun, diingatkan segala transaksi hendaklah berlandaskan hukum syarak.

  1. Adakah benar bahawa jemaah haji adalah tetamu Allah SWT?

Ketika kita menuju ke Makkah, sebenarnya kita sedang mengunjungi rumah Allah SWT yang dikenali Baitullah. Dalam konteks haji, jemaah haji jelas merupakan tetamu Allah SWT. Hal ini bertetapan dengan sabda Nabi Muhammad SAW,

”Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Allah Taala, Jika mereka berdoa kepada Allah nescaya Dia akan memperkenankannya. Jika mereka memohon ampun kepada Allah, maka Allah akan mengampunkan mereka.”

 (HR Ibnu Majah).