MKM Ticketing Travel & Tours

Anak saya belum baligh, bolehkah saya membawa untuk menunaikan haji?

Kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan menunaikan haji. Jika kanak-kanak itu sudah mampu membezakan antara yang kotor dan bersih dan dapat memahami kerja-kerja haji serta mampu melakukannya sendiri, maka hajinya adalah sah tetapi tidak membebaskan kewajipan haji baginya. Dia boleh berniat untuk haji atas dirinya sendiri dengan persetujuan dari bapa atau walinya. Namun, jika kanak-kanak tersebut belum mumayyiz dan masih berasa bersama bapa atau walinya, maka bapa atau walinya yang akan meniatkan dan melaksanakan kerja-kerja haji bagi kanak-kanak tersebut.