MKM Ticketing Travel & Tours

Apa hukum haji yang dilakukan oleh kanak-kanak dan adakah ibu bapa yang melakukan ibadah haji bagi pihak kanak-kanak tersebut mendapat pahala?

Hukum ibadah haji yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah sah dan dia akan mendapat ganjaran pahala ke atas dirinya. Namun begitu, ibadah haji yang dilakukan ketika itu dikira sebagai haji sunat. Oleh demikian, wajib ke atasnya untuk mengulangi ibadah haji tersebut setelah dia mencapai umur baligh.

Manakala, bagi pihak ibu bapa atau wali yang melakukan ibadah haji bagi mewakili pihak kanak-kanak, maka perbuatan tersebut diberi ganjaran pahala seperti sabda Nabi Muhammad SAW,

رَفَعَتْ امْرَأَةٌ صَبِيًّا لَهَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَلِهَذَا حَجٌّ، قَالَ: نَعَمْ، وَلَكِ أَجْرٌ

Maksudnya: Seorang perempuan telah menunjuk anak lelakinya kepada Rasulullah SAW sambil berkata, “Wahai Rasulullah, adakah bagi anak ini haji?” Rasulullah SAW menjawab, “Ya, dan bagi kamu (ibu) pahala.”