MKM Ticketing Travel & Tours

Apakah syarat-syarat bagi orang yang hendak menerima badal haji?

Berikut adalah syarat-syarat bagi seseorang yang boleh menerima badal haji:

  • Orang yang menerima badal haji itu sudah pun menunaikan fardhu haji bagi dirinya sendiri dengan sempurna.
  • Penerima badal haji itu melakukan haji untuk seorang sahaja pada satu- satu musim haji.
  • Penerima badal haji perlu berihram di Miqat orang yang hendak dihajikan ataupun pada tempat yang sama jauhnya dengan Miqat itu.
  • Jika Miqatnya untuk berihram sudah ditentukan, maka dia perlu berihram pada Miqat yang ditentukan itu.
  • Jika tidak ditentukan mana-mana Miqat, maka harus bagi orang yang mengambil upah haji itu berihram pada mana-mana Miqat yang dia lintasi.
  • Bagi penduduk Mekah sama ada dia bermastautin ataupun bermukim, wajib dia keluar ke Miqat orang yang dihajikannya ataupun boleh juga di mana-mana Miqat yang hampir kepadanya.
  • Jika dia berihram di Miqatnya (Mekah) maka dia berdosa dan wajib dia membayar dam. Ini adalah qaul yang muktamad di sisi Ibnu Hajar al-Haithami dan Sheikh Ramli.
  • Pendapat al-Muhib al-Tobari adalah diharuskan orang Mekah itu berihram di Mekah dengan tidak dikenakan dam dan tidak dikurangkan upahnya.
  • Penerima badal haji adalah seorang yang cukup keahlian bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan sempurna iaitu memenuhi syarat wajib haji.

          Nota: Kesemua pandangaan ini adalah Mazhab Syafie.