MKM Ticketing Travel & Tours

Bolehkah saya pergi menunaikan ibadah haji lebih daripada sekali dalam hidup saya?

Boleh, walau bagaimanapun ibadah haji adalah WAJIB dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas orang yang mampu. Seperti sabda Nabi Muhammad SAW:

يأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ فَرَضَ اللهُ عَلَيْكُمُ الْحَجَّ فَحُجُّوا. فَقَالَ رَجُلٌ: أَكُلَّ عَامٍ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ فَسَكَتَ حَتَّى قَالَهَا ثَلاَثًا، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَوْ قُلْتُ نَعَمْ لَوَجَبَتْ، وَلَمَا اسْتَطَعْتُمْ. ثُمَّ قَالَ: ذَرُوْنِي مَا تَرَكْتُكُمْ فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِكَثْرَةِ سُؤَالِهِمْ وَاخْتِلاَفِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ فَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan bagi kamu melakukan haji maka hendaklah kami semua melakukan Haji!” Kemudian seorang lelaki bertanya, “Apakah setiap tahun, ya Rasulullah?” Baginda terdiam sehingga orang tersebut mengulangi soalannya sebanyak tiga kali. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Kalau aku katakan ya, nescaya akan wajib bagi kalian dan kalian tidak akan mampu.” (HR Muslim)