MKM Ticketing Travel & Tours

Bolehkan menangguh perlaksanaan haji jika sudah cukup syarat ‘istito’ah’?

Menurut pendapat al-Syafiiyah dan al-Malikiyah: Harus menangguhkan pelaksanaan ibadah haji selagi penangguhan tersebut berlaku bukan kerana menunggu umur tua untuk melaksanakannya. Ini bersandarkan kepada pelaksanaan haji telah dilaksanakan oleh baginda SAW berlaku selepas empat tahun haji disyariatkan. Tetapi jika selepas menangguh hajinya dia meninggal dunia sebelum dapat melaksanakan haji, maka dia mati dalam keadaan melakukan maksiat kepada Allah SWT. 

Manakala, Imam Malik berpandangan bahawa haji lebih utama berbanding berkahwin dan membayar hutang orang tua. Namun, dibolehkan berkahwin dahulu sekiranya bimbang terjatuh ke lembah zina. Untuk mengelak zina, maka didahulukan berkahwin adalah suatu perkara yang lebih besar.

Imam al-Hanafiyah dan al-Hanabilah pula berpendapat apabila cukup syarat ‘istito’ah’ maka haji wajib disegerakan. Tidak diharuskan melewatkan haji dengan sengaja.