MKM Ticketing Travel & Tours

Jika seseorang memiliki sebuah perniagaan dan wang simpanannya berasal dari keuntungan perniagaan tersebut, adakah dibenarkan baginya untuk menggunakan wang perniagaan itu bagi menunaikan haji?

Para fuqaha Mazhab Syafie berpendapat wajib. Dia wajib mengeluarkan perbelanjaan bagi menunaikan haji daripada wang perniagaannya kerana ‘mampu’, walaupun kesan perbelanjaan ini akan menghabiskan modal perniagaannya.

Manakala, Ibnu Suraij berpendapat tidak wajib. Tidak wajib menggunakan wang milik perniagaan untuk haji. Ini dilakukan supaya seseorang itu tidak menjadi miskin sebaik sahaja selesai menunaikan haji.