MKM Ticketing Travel & Tours

Kebiasaannya ramai jemaah Malaysia pergi menunaikan ibadah haji selepas Hari Raya Aidilfitri. Mengapa mereka tidak pergi di bulan-bulan yang lain seperti Safar dan Rejab sahaja?

Menunaikan ibadah haji telah ditentukan tempoh waktu atau masa tertentu. Waktunya agak panjang iaitu di bulan Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari bulan Zulhijjah. Walau bagaimanapun, waktu kemuncak ibadah haji adalah dalam bulan Zulhijjah bermula 8 Zulhijjah (Hari Tarwiyah) sehingga 13 Zulhijjah.