MKM Ticketing Travel & Tours

Tahun ini nama saya dipanggil oleh Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji, namun saya belum bersedia, adalah dibolehkan untuk menangguhkannya?

Dalam Mazhab Syafie, ibadah haji bagi orang mampu boleh ditangguh pelaksanaannya tanpa menangung dosa.  Namun begitu, terdapat syarat-syarat yang dibolehkan, iaitu seperti di bawah:

  • Mempunyai keazaman untuk melaksanakan ibadah haji pada masa akan datang.
  • Tidak berganda kewajiban haji ke atasnya dengan sebab pernah bernazar untuk melaksanakan haji.
  • Berkeyakinan bahawa keselamatan hartanya dan kesihatan dirinya (sehingga boleh sampai ke Tanah Suci) adalah terjamin pada masa tersebut.