MKM Ticketing Travel & Tours

Wajibkah seseorang menerima ‘pembiayaan’ daripada orang lain bagi melaksanakan hajinya?

Pandangan pertama:

Tidak wajib melaksanakan haji dengan ‘pembiayaan’ orang lain. Sama ada pembiaya tersebut daripada kalangan ahli keluarga penerima ataupun tidak. Sama ada pembiayaan berbentuk kenderaan (tiket penerbangan) ataupun kewangan dan harta.

Pandangan kedua: Imam Syafie.:

Wajib. Boleh, seseorang itu boleh melaksanakan haji dengan menerima pembiayaan daripada anaknya. Ini kerana, dengan menerima pembiayaan itu akan menjadikan dirinya mampu melaksanakan haji dan tiada mudharat baginya. Dengan menerima pembiayaan, dia menjadi seorang yang ‘istito’ah’.

Ini kerana Nabi Muhammad SAW bersabda,

“Menjelaskan maksud yang tersirat iaitu memiliki dua perkara tersebut iaitu bekal dan kenderaan.”

Tidak wajib melaksanakan haji bagi seseorang yang menerima pembiayaan daripada orang lain selain anaknya seperti menerima pembiayaan daripada ayah ataupun orang lain. Menerima pembiayaan ini tidak akan menjadikannya (orang yang mampu). Ini kerana harta seorang anak juga menjadi milik ayahnya, tetapi tidak sebaliknya.

Pandangan ketiga:

Sunat melaksanakan haji dengan menerima pembiayaan daripada sesiapa sahaja, dengan syarat tiada mudharat baginya. Ini adalah pandangan yang paling ‘rajih’ dan ia adalah satu jalan keluar daripada khilaf. Ia seperti seseorang yang kehilangan kakinya dan diberikan ‘kaki palsu’ untuk berdiri dan berjalan. Imam Ahmad ketika ditanya mengenai seseorang yang melaksanakan haji dalam keadaan dia tiada kemampuan, beliau berkata, “Aku tidak suka begitu. Kerana dia bertawakal (bergantung) kepada bekalan orang lain.”