MKM Ticketing Travel & Tours

Adakah terdapat syarat-syarat tertentu sekiranya saya ingin melakukan nafar awwal?

Ya. Untuk seseorang itu melakukan nafar awwal, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukannya iaitu:

  • Berniat untuk melakukan nafar awal setelah selesai melontar kesemua jamrah.
  • Keluar meniggalkan Mina beserta niat untuk melakukan nafar awwal.
  • Keluar dari Mina selepas masuknya waktu zohor dan sebelum masuknya waktu Maghrib pada 12 Zulhijjah.
  • Telah selesai melontar di ketiga-tiga jamarah pada tarikh 11 dan 12 Zulhijjah.
  • Telah bermalam di Mina bagi tempoh dua hari iaitu 11 dan 12 Zulhijjah.
  • Tiada azam atau niat untuk kembali semula ke Mina untuk menyambung mabit pada tarikh 13 Zulhijjah.