MKM Ticketing Travel & Tours

Saya sudah berada di luar Mina pada tarikh 12 Zulhijjah. Ditakdirkan Allah saya jatuh sakit sehingga terpaksa menggunakan wakil bagi melakukan aktiviti melontar di jamarah. Adakah saya dibenarkan untuk terus berniat melakukan nafar awwal dan tidak kembali lagi ke Mina?

Nafar awwal anda tidak sah melainkan selepas wakil tersebut melontar jamrah hari ke 12 untuk anda, anda masuk seketika ke Mina untuk berniat nafar awwal dan kemudian kembali meninggalkan Mina sebelum terbenamnya matahari pada tarikh 12 Zulhijjah itu.