MKM Ticketing Travel & Tours

Seandainya saya gagal kembali ke Mina untuk berniat nafar awwal disebabkan sakit, apakah yang peru saya lakukan?

Anda perlu mencari wakil untuk melontar bagi pihak diri anda bagi tarikh 13 Zulhijjah. Sekiranya gagal berbuat demikian sehingga terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah, maka anda perlu menyempurnakan dam tertib dan takdir. Walaubagaimanapun, bagi kesalahan tidak bermalam di Mina pada hari ke 13 Zulhijjah itu, tiada apa-apa dam dikenakan kerana anda berada di dalam kategori orang yang dikecualikan dari bermabit di Mina atas faktor kesihatan.