MKM Ticketing Travel & Tours

Ustaz, saya masih belum menunaikan puasa nazar, adakah hutang puasa tersebut perlu dibayar sebelum saya pergi menunaikan haji?

Secara umumnya hutang perlu dibayar sebelum melaksanakan haji atau umrah. Ini kerana menjadi syarat untuk mewajibkan seseorang untuk melaksanakan haji atau umrah adalah berkemampuan dari sudut kewangan. Maka apabila seseorang itu mempunyai hutang maka dia wajib untuk melangsaikannya sebelum melaksanakan ibadah haji atau umrah. 

Oleh demikian, membayar hutang dengan Allah adalah wajib dan perlu disegerakan. Tetapi ia tidak menggugurkan kewajipan melaksanakan haji dan umrah jika dia belum melangsaikan hutang tersebut atau mengqada’nya.

Manakala, hutang rumah, kereta, dan aset-aset yang lain. Hutang seperti ini tidak wajib dilangsaikan sekaligus sebelum seseorang itu melaksanakan haji atau umrah. Ini kerana hutang-hutang tersebut dikatogerikan sebagai hutang bertangguh yang berjadual. Bayaran yang perlu dibuat adalah berdasarkan perjanjian mengikut jadual yang ditetapkan. Ia juga tidak menghilangkan istito’ah yang ada pada seseorang mukallaf apabila dia mampu untuk membayar hutangnya mengikut jadual yang telah ditetapkan.