MKM Ticketing Travel & Tours

Adakah menjadi kesalahan jika seorang jemaah haji meninggalkan salah satu daripada rukun haji ataupun wajib haji, dan jika kesilapan itu berlaku sama ada secara sengaja atau tidak, adakah hajinya sah?

Rukun haji adalah pekerjaan asas yang wajib dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan haji, sekiranya salah satu daripada rukun haji itu tidak dikerjakan sama ada sengaja atau terlupa maka ibadat hajinya tidak sah. Manakala, wajib haji pula ialah perkara atau pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan ibadat tersebut. Jika tidak dikerjakan salah satu daripada perkara-perkara wajib haji, maka hajinya tetap sah tetapi wajib ke atasnya dam dengan syarat-syaratnya serta berdosa jika ditinggalkannya yang wajib itu dengan sengaja.