MKM Ticketing Travel & Tours

Ayah saya telah mengalami kecederaan tulang belakang dan sudah menjalani pembedahan. Dia telah mengupah seseorang untuk menghajikannya pada tahun 1418H, sedangkan beliau boleh berjalan walaupun tidak berapa kuat kerana orang tersebut memberitahunya boleh menghajikan orang yang masih hidup dengan syarat dia menghidap penyakit. Oleh kerana perkara ini telah berlaku, adakah sah haji badalnya?

Tidak sah haji badalnya kerana dia bukan dalam sakit yang tidak dapat baik dan dia masih mempunyai kemampuan untuk mengerjakan haji bagi dirinya. Wajib ke atas orang yang menghajikannya membayar balik wang tersebut kerana tidak sah ijarahnya dan haji itu jatuh bagi diri orang yang mengambil upah.