MKM Ticketing Travel & Tours

Adakah perlu mendapatkan izin untuk menjalankan ibadah haji bagi ibu atau bapa yang uzur yang tidak berpeluang sembuh, tua yang lemah atau yang telah meninggal dunia?

Isu mengenai izin untuk mengerjakan ibahah haji bagi ibu atau bapa adalah seperti berikut:

  1. Jika ibu atau bapa itu uzur yang tiada harapan sembuh atau tua yang tiada berupaya bagi mengerjakan haji maka disyaratkan izinnya.
  2. Jika ibu atau bapa itu meninggal dunia dan telah mengerjakan haji fardu, disyaratkan wasiatnya mengikut pendapat yang al-Asah (yang kuat).
  3. Jika ibu atau bapa itu telah meninggal dunia dan belum mengerjakan haji fardu, tiada disyaratkan izinnya.