MKM Ticketing Travel & Tours

Ibu saya seorang pesakit buah pinggang, adakah wajib baginya untuk menunaikan ibadah haji?

Menurut Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan pada tahun 2009:

  • Pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan untuk sembuh seperti sakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya adalah tidak wajib untuk menunaikan ibadah haji.
  • Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan dari sudut kewangan.
  • Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji.