MKM Ticketing Travel & Tours

Jika saya meminjam dahulu wang dari Institusi Kewangan Islam untuk menunaikan ibadah haji, adakah ia dibenarkan dalam syara’?

Membuat pinjaman dari Institusi Kewangan Islam diharuskan untuk menunaikan ibadah haji atau umrah jika diyakini mampu membayar balik hutang tersebut tanpa menjejaskan kehidupan harian seseorang. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada beberapa syarat-syarat seperti berikut:

  • Tidak ada unsur riba (mestilah dari Insitusi Kewangan Islam);
  • Mempunyai pendapatan yang melebihi sara diri serta orang yang dalam tanggungan untuk melunaskan hutang atau perbelanjaan haji;
  • Kemudahan yang diambil hendaklah benar-benar atas dasar menyegerakan perlaksanaan perintah Allah SWT, bukan sekadar memenuhi keinginan untuk berkunjung dan berekreasi bersama keluarga di tanah suci.