MKM Ticketing Travel & Tours

Saya menunaikan haji dengan menggunakan duit hasil judi suami saya, adakah haji saya dikira sah?

Ulama berbeza pandangan dalam isu ini.

Menurut pendapat Imam Ahmad, hukum haji tersebut tidak sah dan tidak diterima berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW:

“Bahawa Allah itu baik (bersih) tidak menerima melainkan yang baik (bersih).”

Manakala, menurut pendapat yang dipegang oleh jumhur ulama apabila seseorang itu melaksanakan haji dengan harta yang haram, maka dia mendapat dosa di atas perbuatannya, namun hajinya sah. Ini kerana, haji adalah perbuatan yang khusus (rukun dan syarat) dan pengharamannya adalah disebabkan oleh perkara di luar daripadanya.