MKM Ticketing Travel & Tours

Ustaz, bolehkah jelaskan dengan terperinci berkaitan isu berkaitan mahram dalam ibadah haji bagi wanita Malaysia?

Dari segi hukum mengenai wanita yang akan pergi menunaikan fardu haji bersama mahram adalah seperti berikut:

  1. Wajib seseorang wanita itu pergi menunaikan fardu haji bersama suami atau mahramnya.
    1. Jika tiada suami atau mahram, dia boleh pergi bersama dua orang perempuan yang thiqah (yang dipercayai amanah dan taat). Memadai juga dengan seorang perempuan yang thiqah.
    1. Harus dia pergi seorang diri sekiranya diyakini keadaan dirinya dalam perjalanan selama menunaikan fardu haji itu aman dan selamat.

Memandangkan keadaan yang ada sekarang, bagi seseorang bakal haji wanita Malaysia itu seboleh-bolehnya pergi bersama suami atau mahramnya sahaja (tidak selainnya) untuk mengelakkan dirinya daripada kesusahan.