MKM Ticketing Travel & Tours

Apa yang patut saya lakukan jika mendengar seruan untuk solat jenazah ketika sedang tawaf?

Kadang-kadang ketika melakukan tawaf, muazin menyeru untuk ditunaikan solat fardu atau solat jenazah. Hukum menghentikan tawaf adalah seperti berikut:

  • Jika diseru untuk ditunaikan solat fardu, jemaah hendaklah berhenti melakukan tawaf dan solat berjemaah. Seterusnya menyambung semula tawaf selepas itu.
  • Jika diseru untuk menunaikan solat jenazah, adalah afdal jemaah meneruskan tawaf jika tawafnya itu tawaf wajib seperti tawaf haji (ifadah), tawaf umrah atau tawaf wada’. Jika tawafnya itu tawaf sunat, adalah afdal dia turut sama menunaikan solat jenazah. Kedudukan saie dalam isu ini adalah sama dengan kedudukan tawaf.