MKM Ticketing Travel & Tours

Bagaimana cara yang betul untuk istilam Hajar al-Aswad?

Terdapat empat cara istilam Hajar al-Aswad:

  1. Mengucup Hajar al-Aswad secara langsung sekiranya dia mampu untuk mengucupnya.
  2. Menyentuh atau mengusap dengan tangan kemudian mengucup tangannya yang telah menyentuh Hajar al-Aswad.
  3. Menyentuh Hajar al-Aswad dengan tongkat atau sesuatu yang lain dan mengucup tempat yang telah tersentuh dengan Hajar al-Aswad.
  4. Mengisyaratkan tangan ke arah Hajar al-Aswad dan tidak mengucupnya (tangan)

Istilam ini dilakukan pada setiap permulaan tawaf. Ia tidak dilakukan pada akhir pusingan tawaf yang ketujuh.

Jika seseorang yang melaksanakan tawaf tidak melakukan istilam Hajar al-Aswad maka tidak berdosa kerana ia adalah suatu perkara sunat.

Tawaf Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat RA dengan melakukan “Ramal” berlari anak pada pusingan pertama, kedua, dan ketiga. Ia dilakukan dari rukun Hajar al-aswad hingga ke rukun Yamani. Ini hanya berlaku ketika umrah baginda SAW pada tahun ke-7 Hijrah iaitu umrah qada’ selepas terhalang dari melaksanakan umrah pada tahun Hudaibiyah, tahun ke-6 Hijrah.

Ia dilakukan kerana orang Quraisy mengakatakan bahawa rombongan baginda membawa kumpulan yang terkena penyakit demam Yathrib (suatu penyakit berjangkit yang tersebar di Madinah ketika itu). Bagi menunjukkan kekuatan dan menyanggah sangkaan Quraisy maka baginda memerintahkan para sahabat melakukan (ramal) berlari-lari anak.