MKM Ticketing Travel & Tours

Kenapa baginda dan para sahabat tidak berlari anak (ramal) ketika di antara rukun Yamani dan Hajar al-Aswad?

Ini kerana orang Quraisy mengintai rombongan nabi sedang melakukan tawaf dari sebelah utara dan ketika baginda SAW berada di antara rukun Yamani dan Hajar al-Aswad mereka terlindung dengan Kaabah.

Kenapa hanya pada tiga pusingan awal sahaja? Ini kerana beberapa sebab antaranya:

  1. Bersama Nabi Muhammad SAW juga orang yang uzur dan lemah jika dilakukan pada keseluruhan pusingan maka akan ada di antara para sahabat akan terhenti dari melakukan (ramal) berlari-lari anak.
  2. Bilangan yang ganjil itu disukai Allah SWT maka nabi menghentikan ramal pada pusingan ke-3 bukan ke-4.
  3. Pada tahun ke 10 Hijrah dalam haji wada’ baginda s.a.w dan para sahabat r.a melakukan ramal dari rukun Hajar al-aswad hingga ke rukun Hajar al-aswad semula sebanyak tiga pusingan. Kemudian diteruskan dengan berjalan seperti biasa pada pusingan ke-4 hingga ke pusingan akhir.