MKM Ticketing Travel & Tours

Saya baru pulang dari umrah. Namun, saya merasa ragu-ragu dengan sah ataupun tidak tawaf umrah terakhir saya. Saya syak, saya terkentut ketika tawaf. Saya tidak pasti sama ada saya kentut ataupun tidak?

Syak yang datang kemudian tidak menghilangkan yakin. Dalam kaedah fiqh menyebut

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA menjelaskan lagi:

“Apabila seseorang di antara kamu mendapati di dalam perutnya ada sesuatu dan dia tidak pasti sama ada keluar sesuatu atau tidak darinya, maka jangan dia keluar dari masjid (untuk berwuduk) sehingga dia mendengar bunyi atau mendapati ada bau.”

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Kesimpulan

  • Sah tawafnya dan tidak perlu mengulanginya.
  • Apabila tidak pasti sama ada terkentut atau tidak, maka yakinkan dengan dua petanda iaitu bunyi ataupun bau. Jika tidak berlaku kedua-dua tanda, maka dikira tidak kentut. Jika berlaku salah satu daripada tanda tadi, maka dikira kentut.