MKM Ticketing Travel & Tours

Semasa di dalam tawaf wajib, saya telah tawaf berhampiran dengan hajarul aswad dan pengawal keselamatan yang menjaga hajatul aswad tersebut telah memanggil saya dan telah membuka ruang kepada saya untuk menciumnya dan saya pergi menciumnya (hajarul aswad). Soalan saya, adakah batal pusingan tawaf tersebut?

Terbatal pusingan tersebut, jemaah wajib mulakan pusingan baru oleh kerana  telah menyentuh sebahagian hajarul aswad.