MKM Ticketing Travel & Tours

Ustaz, di manakah tempat tawaf bagi orang yang menaiki kerusi roda?

Tempat tawaf bagi orang yang menaiki kerusi roda atau kenderaan lain adalah di belakang orang yang tawaf berjalan kaki atau tidak mengganggu orang yang tawaf berjalan kaki.

Ini berpandukan apa yang telah diperintahkan oleh baginda SAW kepada Ummu Salamah RA:

Ummu Salamah berkata, “Aku mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa aku mengalami rasa sakit. Beliau kemudian bersabda, “Tawaflah di belakang orang dengan berkendaraan.” Maka aku pun melakukan tawaf, sedangkan Rasulullah SAW solat di sisi Kaabah dengan membaca, “Demi bukit, dan Kitab yang ditulis.”