MKM Ticketing Travel & Tours

Apakah hukumnya jika seorang jemaah haji wanita memakai inai ketika berada di dalam ihram?

Salah satu sunat ihram bagi wanita yang bukan dalam iddah kematian suami adalah menggunakan inai pada tapak tangan (depan dan belakang) hingga ke pergelangan dan menyapu sedikit pada muka untuk melindungi kulit wajahnya kerana pada dasarnya wanita disuruh menutupinya. Namun, adalah makruh bagi mereka mengukir, menghitamkan dan memakai di hujung-hujung jari sahaja kecuali bagi isteri yang mendapat keizinan suami. Selain itu, adalah makruh bagi wanita memakai inai selepas berihram.