MKM Ticketing Travel & Tours

Apakah kesan berjimak (bersetubuh) terhadap haji dan umrah seseorang?

Menurut pendapat al-Hanafiyah, al-Malikiyah, al-Syafiiyah, dan al-Hanabilah:

Bersepakat bahawa sekiranya jimak berlaku sebelum wukuf di Arafah, maka ‘fasad’ (rosak) haji tersebut.

Manakala, menurut Imam Malik bin Anas:

Sekiranya jimak berlaku sebelum melaksanakan lontaran Jamratul Aqabah pada hari ke-10 Zulhijah (hari Nahar) dan dia belum melakukan tawaf (ifadhah) serta saie haji maka hajinya menjadi ‘fasad’.

Jika jimak berlaku selepas dia melaksanakan tawaf dan saie haji, maka hajinya tidak ‘fasad’ dan dia dikenakan dam.

Sekiranya seseorang berihram umrah dan melakukan jimak sebelum menyempurnakan tawaf dan saie, maka umrahnya ‘fasad’.

Malah, sekiranya dia berjimak selepas sempurna tawaf dan saie tetapi belum bergunting, maka umrahnya tidak ‘fasad’ dan dikenakan dam.

Seterusnya, menurut al-Syafiiyah dan al-Hanabilah:

Umrah: Sekiranya dia berjimak dengan sengaja (sudah tahu bahawa jimak adalah salah satu larangan ihram) dalam ihram umrah sebelum menyelesaikan kerja-kerja umrahnya, maka hukumnya fasad.

Haji: Sekiranya jimak berlaku sebelum bertahallul awal dalam ihram haji, maka hajinya ‘fasad’.

Sekiranya jimak berlaku selepas tahallul awal, maka hajinya tidak ‘fasad’ di sisi kebanyakan ulama dan dikenakan dam. Ini kerana, dia tidak lagi berada dalam ihram yang penuh, cuma masih terikat dengan larangan bersetubuh.

Maka, perkara tersebut dikira sebagai satu kesalahan yang ringan. Dam yang dikenakan cukup sekadar seekor kambing.

Dan al-Hanabilah berpendapa: Jika jimak berlaku sebelum tahallul awal dan belum melaksanakan tawaf (ifadhah), maka dia perlu keluar ke Tanah Halal untuk berihram semula. Dia perlu melaksanakan tawaf dalam ihram yang sah semula.

  1. Ustaz, saya berihram dengan umrah sunat selepas ihram umrah tamattu’oleh sebab saya kedatangan haid pada 8 Zulhijah sebelum ke Arafah? Adakah saya dibenarkan berniat haji dan perlu membayar dam?

Dibenarkan berniat haji bererti hajinya jadilah haji qiran. Oleh kerana sudah bertukar status daripada haji tamattu’ kepada qiran, maka dam yang dikenakakan adalah dam kerana melakukan haji qiran. Dam melakukan haji tamattu’ dan qiran adalah sama iaitu dam tertib dan taqdir. Jika dam tamattu’ sudah dibayar sebelum ini kepada pihak yang akan melaksanakan penyembelihan dam kambing tersebut, adalah digalakkan sahaja memberitahu kepada pihak berkenan untuk menukar akad daripada dam tamattu’ kepada dam qiran.