MKM Ticketing Travel & Tours

Darah haid saya keluar sebelum tawaf ifadah walaupun saya telah mengambil pil penahan haid. Adakah nasihat ustaz dalam menghadapi situasi ini?

Antara panduan yang boleh dilakukan adalah seperti di bawah:

1. Sekiranya masa pulang ke tanah air atau ke Madinah masih panjang, maka tunggu sehingga suci haid barulah jemaah mengerjakan tawaf dan saie haji.

    2. Sekiranya masa pulang ke tanah air atau ke Madinah tidak sempat suci daripada haid, maka terdapat beberapa kaedah iaitu:

    • Tukar waktu penerbangan kepada tarikh yang sesuai.
    • Melakukan tahallul ihsar di tanah air.
    • Bertaqlid kepada Mazhab Hanafi dengan melakukan tawaf di dalam    keadaan haid, seterusnya membayar dam seekor unta.

    3. Sekiranya tiada kaedah seperti di atas, maka ambil pendapat berikut iaitu:

    • Kekuningan selepas kebiasaan haid dianggap suci dan sah tawaf.