MKM Ticketing Travel & Tours

Saya, seorang wanita memasuki Makkah dengan niat bersyarat untuk menunaikan umrah . Dalam niat bersyarat itu saya menyebut, “Jika terhalang dengan sesuatu maka halallah aku dari ihram.” Dimaksudkan dengan “terhalang dengan sesuatu”adalah “terhalang daripada haid.” Saya telah melakukan tawaf umrah setelah memasuki Makkah. Namun, semasa melakukan saie, saya mengalami haid. Walaupun begitu, saya didatangi haid ketika sa’ie dan tahallul. Apakah hukum umrah saya?

Dalam situasi ini, memandangkan beliau maksudkan ‘penghalang kepada dia’ untuk sempurnakan umrah adalah haid, maka umrahnya dikira sah. Ini kerana haid yang menghalang seseorang jemaah wanita untuk sempurnakan umrah ialah haid yang keluar sebelum tawaf atau semasa tawaf. Jika berlaku dua keadaan tersebut, maka beliau menjadi halal dan dengan itu umrahnya tidak sah jika diteruskan juga.

Dalam Mazhab Shafie, suci daripada hadas hanya menjadi syarat sah tawaf dan bukannya sa’ie. Memandangkan dalam kes ini, haid beliau keluar selepas tawaf disempurnakan, maka halangan yang dimaksudkan dalam niat bersyarat tersebut tidak berlaku. Ini kerana sa’ie boleh dikerjakan walaupun dalam keadaan tidak suci.