MKM Ticketing Travel & Tours

Saya tidak sengaja menutup muka dengan kain tudung ketika berada dalam ihram, adakah saya perlu membayar dam?

Jika seorang wanita yang berada dalam ihram menutup mukanya dengan kain tudung secara terlupa atau tidak sengaja, hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut daripada mukanya dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, dia berdosa dan dikenakan dam.