MKM Ticketing Travel & Tours

Seorang jemaah haji wanita berniat haji bersyarat di Bir Ali, dengan syarat jika dia mengalami haid, maka pada ketika itu beliau akan menjadi halal. Namun, haidnya berterusan sehingga waktu bertolak ke Padang Arafah, lalu beliau pun berniat haji sekali lagi. Selepas selesai haji, beliau pun mengerjakan umrah pula. Adakah beliau dikenakan apa-apa dam dalam keadaan ini?

Contoh dalil niat bersyarat seperti berikut:

Dari Aisyah RA: Diba’ah binti Zubair masuk ke tempat Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah saya ingin melaksanakan haji akan tetapi saya sakit.” Rasulullah SAW pun bersabda, “ Laksanakanlah haji dan bersyarat (menambah syarat dalam niat ihram) tempat tahallulku di mana aku terhalang.” (HR Muslim)

Niat bersyaratnya sah dan begitu juga niat ihram hajinya. Ia tidak dikenakan sebarang dam kerana haji tersebut adalah haji ifrad.

Nota Tambahan:

Niat bersyarat tidak hanya terikat bagi kes haid sahaja. Bagi kes berpenyakit dan sebarang halangan lain juga boleh digunakan niat bersyarat.