MKM Ticketing Travel & Tours

Seorang jemaah haji wanita berumur 62 tahun dan telah berhenti (putus) haid selama 12 tahun. Namun, semasa di Makkah, darah keluar dari kemaluannya selama lima hari. Berdasarkan ciri-ciri darah dan cara keluarnya, dia yakin darah tersebut adalah darah haid. Namun, adakah  benar wanita berusia begitu masih kedatangan haid lagi?

Menurut penjelasan yang diberikan, darah yang keluar itu adalah darah haid kerana mengikut Mazhab Syafie, walaupun seorang wanita telah berhenti haid, dia masih boleh mengalami haid pada bila-bila masa. Ini berlaku walaupun umur ghalib (kebiasaann) wanita putus haid semasa berumur 62 tahun.