MKM Ticketing Travel & Tours

Seorang wanita berniat ihram umrah di Miqat, namun ketika sedang melakukan tawaf pusingan ketiga, dia kedatangan haid dan berhenti tawaf. Apabila dia hendak berangkat ke Arafah, haidnya masih belum suci lagi. Bagaimanakah langkah-langkah untuk mengerjakan haji?

Menurut Mazhab Syafie, tidak dibolehkan memasukkan haji kepada umrah sekiranya telah melakukan tawaf umrah walaupun selangkah. Namun, mengikut Mazhab Maliki dibolehkan serta makruh selagi belum solat dua rakaat sunat tawaf maka jadilah haji qiran dan dikenakan dam qiran. Sebelum bertolak ke Arafah walaupun masih dalam keadaan haid, dia hendaklah berniat haji dan jadilah haji qiran.