MKM Ticketing Travel & Tours

Suami tidak membenarkan saya menunaikan haji. Adakah seorang suami boleh menghalang atau tidak mengizinkan isterinya mengerjakan haji?

Menurut pendapat al-Syafiiyah:

Harus bagi seorang suami menghalang isteri daripada melaksanakan haji kerana haji adalah ibadah berbentuk tarakhi (yang boleh ditangguh).

Manakala, hak istimtak suami isteri adalah thabit. Ia bersifat perlu disegerakan.

Oleh itu, wajib bagi seorang isteri mendapatkan izin suami sebelum melaksanakan haji sama ada haji fardhu ataupun haji sunat.

Manakala, menurut al-Malikiyah:

Tidak harus seorang suami menghalang isterinya yang ingin menunaikan haji fardhu. Namun, harus bagi suami menghalang isterinya jika haji tersebut adalah haji sunat.

Ini kerana ibadah haji adalah ibadah yang disyariatkan oleh Allah SWT sama seperti ibadah solat dan puasa. Ia satu ibadah yang perlu disegerakan.

 Tidak wajib bagi seorang isteri yang ingin melaksanakan haji fardhu memohon izin suami. Bahkan memohon izin suami hanyalah sunat.